Sarawak
telah wujud sejak zaman purba lagi. Sejak itu, manik-manik batu dan gelas dari
pelbagai pelosok dunia digunakan dalam sistem perdagangan, penilaian dan
upacara adat istiadat di Kepulauan Borneo. Manik kini mungkin dianggap tidak
lagi begitu penting di dalam adat istiadat dan upacara, namun ia masih dipakai
sebagai perhiasan dengan baju tradisional dan aksesori fesyen.
Tidak hairanlah
jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak
perempuan. Manik juga pernah digunakan sebagai mata wang, hantaran perkahwinan,
perhiasan diri dan barang-barang yang digunakan untuk tujuan pengebumian. Di
samping itu manik juga boleh digubah menjadi pengendong bayi atau ba, beg
tangan, alas tempat duduk,topi dan perhiasan-perhiasan lain.
Kali nie saya memilih suku kaum yang ada di
sarawak iaitu Kenyah @ dikenali Orang Ulu.
sekiranya ingin terus membeli sila klik di sini
No comments:
Post a Comment